VISI SMK Jalan Kota Tinggi beriltizam menjadi sekolah cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum. sahsiah dan pengurusan menjelang tahun 2010
MISI Membentuk satu budaya kerja cemerlang dan mengamalkan standard pengurusan terbaik menerusi perspektif kurikulum , kokurikulum, disiplin, budaya kerja, keceriaan dan keselamatan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
Tanaman yang dijalankan ialah cili merah. Buat permulaan pelajar menjalankan aktiviti mencambah biji benih di dalam polibeg. Sebanyak 30 beg telah dihasilkan pada 2 minggu lepas. Sehingga kini terdapat beberapa beg yang telah mengeluarkan anak pokok. Anak pokok cili akan dibiarkan besar dan akan dialihkan pada batas yang disediakan.
Setelah beberapa kali cuba menghasilkan keropok lekor dan wedges, akhirnya kami berjaya menghasilkan produk makanan ni. So cadang nak buat jualan di sekolah seminggu sekali.
Menyediakan Pendidikan Khas yang kukuh, berkesan dan berkualiti kepada pelajar Program Integrasi Pendidikan Khas untuk menjadikan mereka insan yang berdisiplin, berilmu, berdikari, dan dapat memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat berlandaskan Falsafah Pendidikan Khas.
VISI
Melahirkan pelajar yang berkeupayaan dalam pelbagai bidang sukan, kebudayaan, akademik dan kokurikulum di samping dapat meminimakan masalah tingkahlaku pelajar Program Integrasi Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kota Tinggi dengan lebih baik dan beretika.
SEJARAH KELAS
Kelas Pendidikan Khas SMK Jln Kota Tinggi mula dibuka pada bulan Januari 2008. Pada mulanya bilangan pelajar hanya 2 orang dan seorang guru iaitu En Hamdan b Mohamad. Pada tahun 2009 bilangan pelajar dan guru telah bertambah kepada 11 orang pelajar dan 3 orang guru. Seorang Pembantu Pengurusan Murid telah ditempatkan di kelas ini bagi membantu kelancaran Program Pendidikan Khas.
Kajian
HAKCIPTA PENDIDIKAN KHAS SMK JALAN KOTA TINGGI KLUANG